Cerita semalam.
Walaupun demam, gigih nak keluar rumah, bertahan dengan panadol je.
Hehe nak jugak ke IOI City Mall yang baru buka di Putrajaya. Untuk elak orang ramai masa shopping, hampir pukul 10 pagi kami dah sampai sana. Orang dah mula ramai walaupun banyak kedai belum buka.
Saya hanya pergi level G. Target nak ke HomePro dan Index Living Mall.
Tak dapat nak snap gambar kedai memandangkan hp tertinggal di rumah.
Cadang nak beli rak untuk sabun basuh kain, hmm harga macam tak berbaloi di situ.
Saya hanya pusing di bahagian storage saje dalam HomePro tu. Sebenarnya macam-macam department ada. Untuk bilik air ada, bahagian cadar dan towel, cat, tiles dan lain-lain lagi.
Last-last hanya beli bakul putih tu, RM15. Muat sehingga 19 liter. Nanti kalau tak beli apa-apa, bising pula encik suami sebab dah datang jauh-jauh.
Nak letak drypers boleh, toys pun boleh.
Lepas ke HomePro, kami ke Index Living pula. Satu di barat, satu di timur. Agak jauh jalan, sebab besar IOI ni. Kalau saya sihat, ok je jalan shopping ni. Bagi saya terapi walau tak beli apa-apa pun. Tapi encik suami yang bising kalau setakat window shopping je baik tak payah keluar. Hehe ni kira baik la, kalau asyik membeli lagi parah.
Kalau Index Living ni, bagi saya dia ala-ala IKEA. Tapi tak sebesar IKEA.Ada showroom tapi takde la style gudang kalau nak pilih barang. Barang dia kat rak je. Dua-dua ni Siam punya company.
Sekejap je saya jalan dalam Index Living. Sebab dah tak larat nak berdiri lama. Pastu terus balik. Nasib baik parking free. Sebab mesin parking ticket tu belum beroperasi lagi.
Rasanya, parking memang banyak tak perlu risau kalau datang masa peak hour. Tapi ramai yang ke level P3 dan P4. Level P2 dan P1 banyak lagi kosong masa kami lalu nak keluar balik. Mungkin sebab masing-masing masa mula-mula masuk hanya perasan signboard untuk ke P3 sahaja.
Akhirnya, saya susun la botol-botol Dynamo 4kg dengan Downy dalam tu bersebelahan dengan mesin basuh.
Kalau lepas ni dah ada rak untuk sabun basuh, mungkin jadi tempat simpan toys. Humban aje semua dalam tu hehe..
* tempat simpan plastik yang gantung di kepala paip tu, dulu saya sumbat je plastik sampai penuh. Hari tu datang mood rajen memgemas dan melipat segitiga, dapat jimat ruang. Hanya separuh bakul je.
Sekarang saya dah mula disiplin untuk simpan plastik. Lepas balik shopping, terus lipat plastik shopping. Kalau duk tangguh, jadi banyak dan serabut. Ni semua akibat terpengaruh dengan fb group KSSA. Hehe...