Tuesday 20 January 2015

Roti John paling ringkas!

Tiba-tiba teringin nak makan roti john. Memandangkan di rumah tiada daging cincang, saya hanya guna telur sahaja.

Ni resepi roti john paling ringkas dan senang.

Telur
Bawang
Serbuk kari ayam/daging
Garam
Gula

Gaul semua.

Kemudian celup dengan roti empat segi biasa dan masak atas kuali leper.

Setelah siap, nak letak sos cili pun boleh!

Tuesday 13 January 2015

Aiskrim Pasu

Nampak macam tanah betulkan? Cuma saya tiada mangkuk yang sesuai dengan pasu putih tu. Nampak mangkuk kaca tu.

Ini kali kedua saya buat. Suami saya masih tak tahu tanah tu daripada apa. Beliau enggan makan.

Hehe rugi la. Saya berebut makan dengan Asyraf.

Sebenarnya, aiskrim pasu ni terkenal di Melaka. Teruja saya melihatnya di blog-blog lain. Kata mereka harga mahal dan tak berbaloi dengan rasa aiskrim. (RM 5 ke atas, tetapi aiskrim yang murah. Kos pasu kut yang mahal.)

Saya pun google resepi aiskrim pasu. Hmm mudah sangat rupanya.

1. Aiskrim yang sedap tak kira perasa apa.

2. Biskut oreo. Tumbuk bagi hancur. Kemudian tabur atas aiskrim. (Nak letak kek coklat pun boleh)

3. Pokok dan pasu. Apa-apa pokok pun boleh. Kebetulan kat rumah saya ada daun sup.

Maka siaplah!

Saturday 10 January 2015

Langsir Dapur

Saya dah lama bercadang nak jahit langsir dapur. Akhirnya tercapai juga. Sangat amatur. Pertama kali saya menjahit projek 'besar' menggunakan mesin. Besarlah sangat projeknya.

Hmmm...Jahit lurus aje. Itupun ada senget-senget. Janji siap. Malam tadi juga gantung.

Selama ini, apa-apa hal saya suruh mak saya di Ipoh yang jahitkan. Sekarang ni, dah beli mini mesin jahit jenama Global di Lazada, rugi pula kalau tak guna sebaiknya.

Kos yang digunakan tak sampai RM10. Memandang ini pertama kali saya baru nak menjahit, saya beli kain putih 2 meter dengan harga RM5.60 dan pita putih berharga RM1. Sekurang-kurangnya, kalau tak jadi taklah rasa rugi dengan kos yang dikeluarkan.

Saya beli kain bidang 60. Kemudian saya kerat dua. Kain yang lebih tu saya cadang nak buat langsir tingkap bilik air. Harapnya nanti saya rajinlah hendaknya.

Walau apapun, alhamdulillah, akhirnya siap juga. Tak cantik mana pun sebenarnya, jadilah. Saya juga yang nak mengahadapnya hari-hari.

Wednesday 7 January 2015

Sky Park One City

Dah lama tak menaip di blog ini. Dah masuk tahun baru pun. 
Selamat tahun baru semua. 
Semoga resolusi kita semua tahun ini tercapai dengan jayanya.

Jumaat lepas, 2 Januari 2015, kami berjalan-jalan ke One City. 
Sebenarnya ini cadangan daripada encik suami. 
Beliau dengar daripada kawan ofis tentang Sky Park di One City ni.
Bagi saya, pertama kali dengar pasal Sky Park bila suami cerita. 
Makanya, meng googlelah kami suami isteri. 
Rupa-rupanya One City shopping mall itu dekat dengan rumah kami dan selalu juga kami lalu depannya (walaupun pun tak pernah singgah) masa nak ke Bangi atau Putrajaya, dan tak pernah tahu pula ada perkara menarik di situ. Di Puchong rupanya. Kalau tengok alamat USJ Seksyen 23.

Dari luar macam bangunan military. Hehe ada daun berjuntai di setiap tingkap bangunan.

Pandangan dari dalam bangunan. Level G
Inilah roof top One City. Level R@10. Gayat nak jalan atas cermin tu. Kalau jenguk boleh nampak tingkat bawah sekali.
Cafe. Ada banyak restoran dan cafe di Sky Park ni. Harga agak mahal dan tak kena dengan selera saya.
Kolam renang. Under construction masa ni. Airnya keruh.
Pemandangan dari Sky Park. Bangunan merah itu Main Place Shopping Mall.
Pemndangan dari keluar lif. Naik lif pun gayat juga sebab dinding kaca.
Pemandangan pada waktu malan dari roof top.  Waktu siang tak jelas.






Keesokannya, kami pergi ke One City pada waktu malam. Pergi bersama keluarga mertua. Ramai juga orang. Malam lebih jelas pandangan dari cermin tersebut dan kurang gayat saya. boleh siap lalu atas tu!