Keaadan padang jam 6 petang pada hari sabtu
Ini cerita minggu lepas, kami bersama keluarga mertua berbuka puasa di Padang Shah Alam.
Padang ini terletak di belakang bangunan MBSA dan juga berhampiran dengan pintu masuk (pintu belakang) Masjid Shah Alam.
Disarankan datang awal. Kalau datang hampir jam 7, memang sesak jalan. Terpaksa double park.
Surau turut disediakan. Di bawah kanopi. Kalau nak ke masjid pun boleh dalam 5 minit jalan kaki.
Kami semua solat di masjid. Tapi mengah juga la sebab jalan kaki selepas makan. Lagi-lagi masjid Shah Alam tu besar. Lepas ambil wuduk, naik tangga untuk ke ruang solat. Semput!
Keadaan padang ketika hampir waktu berbuka puasa |