Friday 29 August 2014

Ohh Senggugut datang!

Anda sering alami senggugut setiap kali datang haid? Terpaksa menahan sakit sehingga guling-guling di lantai. Sehingga mengganggu kerja-kerja seharian, menjadi sebab utama tidak hadir ke kelas dan kerja?


Lebih 60% remaja perempuan mengalami senggugut. Satu dalam 10 wanita alami kesakitan yang teruk hingga mengganggu aktivit seharian.



Apa itu senggugut?



Untuk yang tidak pernah mengalami dan tidak akan alami (hehehe bagi golongan lelaki) senggugut dalam definisi mudah ialah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis ketika datang haid.



Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada seperti rahim, ovari, saluran falopio dan pundi kencing.



Inginkan melegakan senggugut cara sihat tanpa painkiller?



1. Beg panas yang diisi air suam / tungku moden dituam pada bahagian abdomen di mana rahim berada. Ia membantu otot-otot pada bahagian tersebut untuk lebih relaks untuk rasa yang lebih melegakan.



2. Mandi air panas dapat memberikan ketenangan pada otot-otot seluruh tubuh malah turut membuatkan kita rasa lebih tenang dan selesa.



3. Senaman. Lakukan senaman sepanjang masa dan terus bergerak aktif. Ia membantu meningkatkan peredaran darah dan seterusnya meningkatkan paras perlepasan endorfin yang membantu untuk melawan rasa sakit.



4. Elakkan minuman berkafein. Kafein boleh meningkatkan sedikit tekanan pada peredaran darah. Banyakkan pengambilan air atau minum jus.



5. Ambil vitamin seperti vitamin B dan vitamin E. Tambah juga kalsium dan magnesium dalam diet seharian seperti susu.



Namun, jika anda mengalami senggugut yang sangat teruk, adalah lebih baik berjumpa doktor kerana senggugut juga boleh menjadi petunjuk kepada penyakit yang lebih serius.



Produk Shaklee yang disarankan dan amat berkesan untuk melegakan senggugut ialah GLA dan Ostematrix.



GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi 2kali ganda GLA daripada EPO. Borage juga merupakan 3 kali lebih bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO. Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia merupakan sumber terbaik Omega-6.

 Manfaat


Herba tradisional yang dipercayai. Merawat ulser, melegakan kelesuan, mengeluarkan virus, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.



Mengawal selia estrogen dan testosteron. Selain mengawal selia hormon wanita dan lelaki, turut memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan gemuk air.



Melambatkan menapous. Memperbaiki keadaan semasa menapous seperti insomnia, hot flashes, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan dalam jangka masa yang panjang akan melambatkan proses penuaan, mengetat dan memberi tone kepada uterus malah menjadikan kulit lebih muda.

   

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, kekeringan, kegatalan, alergi, kurap dan memperbaiki bintik penuaan.

   

Pelangsingan dan menghalang penambahan berat badan.

   

Memperbaiki tekstur rambut. Memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.

 



OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian kalsium. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Nutrien ini bekerja bersama untuk membantu relaksasi otot.

   

Kalsium penting untuk mengekalkan nada otot semasa haid. Vitamin D juga membantu untuk mengurangkan keradangan. Ostematrix juga membantu mengurangkan risiko osteoporosis iaitu penyakit tulang rapuh yang biasa dialami wanita-wanita Asia.

Harga pasaran bagi GLA ialah RM91.25 dan Ostematrix ialah RM61. 



Jika ingin mendapatkan produk-produk ini dengan diskaun 30%, boleh hubungi  saya untuk pesanan dan khidmat nasihat.
Hazwani
Whatsapp
013 368 4906 
Shaklee Independent Distributor

Wednesday 27 August 2014

Altel


Post pertama. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga buat blog ni. Semangat nak berblog dah berkobar-kobar sebulan dua ni. Asyik tertangguh je. Si kecil jenis memerap, kekangan nak akses internet dan lain-lain lagi. 

Berbalik kepada tajuk, sekarang saya sedang beroperasi menggunakan line Altel. Ramai yang kata laju. Tu yang terpengaruh nak beli simkad Altel. Hehe...Bagi saya biasa aje. Nak kata laju, mungkin sedikit laju dari line Celcom di hp saya. Sedikit sahaja ye. Kadang-kadang sama je lambatnya. Ke saya tak pandai nak judge? Almaklumlah saya ni amatur dalam bab-bab IT ni. 

Cuma pastikan anda yang nak guna line Altel sebagai broadband, jangan lupa aktifkan plan internet ye. Nanti kalau tak sekejap sahaja habis kredit. Macam saya haritu. Top RM30, dalam 2,3 hari online dah habis kredit. Rupa-rupanya perlu aktifkan pelan internet. Plan yang sedia ada adalah plan berbual. Sebenarnya saya dah lupa macam mana nak guna prepaid, sebab sejak tahun 2008 saya guna line postpaid. Nak top up haritu pun jenuh tanya kawan sana sini.

Untuk top up, mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu ada cimb clicks. Tak perlu ke kedai. Boleh pilih sama ada nak top up RM5, RM10 dan juga RM30. 
Kalau nak tukar plan berbual kepada pelan internet bulanan, taip  MB 1GB dan hantar ke 25835 untuk melanggan.
500 MB = RM15
1 GB = RM28
2 GB = RM48