Monday 13 April 2015

Jahitan baby seam untuk shawl


Jahitan baby seam atau nama lainnya juga baby hem. Saya ni masih di peringkat begginner dalam menjahit. Baru kenal-kenal, try and error aje.

Kali ni saya nak tunjuk bagaimana nak jahit baby seam untuk shawl dengan menggunakan tapak jahitan biasa.

1. Mula-mula ukur saiz shawl/ tudung yang diinginkan.
2. Kemudian lebihkan kain tersebut dari saiz sebenar lebih kurang dlm seinci di sekelilingnya.
3. Selepas itu lipat dua di hujung kain, dah jahit di hujung sekali secara halus. (Boleh lihat gambar).
4. Kemudian gunting lebihan dan lipat dua. Jahit sekali lagi. Tindih jahitan pertama atau jika tidak mahu tindih, buat dua line pun boleh.








 

Sunday 12 April 2015

Polperro Steak House Shah Alam

Sabtu baru ni, saya dan suami teringin pula nak makan malam ala western di Shah Alam. Mula-mula, kami ke Laman Seri di Seksyen 13. Nak cari restoran Sa Teori Mexican Grill, sebab tengok di blog-blog, ramai kata harga berpatutan dan sedap. Dah pusing 2 kali kawasan situ, tapi tak jumpa pun. Dah tutup agaknya. Hmm..sedikit kecewa. Tapi dalam Laman Seri ada Restoran House of Steak, ramai betul orang dan dulu pernah cuba. Tak berapa best.  Lagi satu, Restoran Laman Grill milik chef Zubir Master Chef tu. Romantik je lampu situ. Tapi kami tak berhajat ke situ. Lain kali insyaallah. Hehe tunggu bajet besar.

Kemudian, kami keluar dari Laman Seri dan pergi area shop lots di hadapan Laman Seri. Situ pun banyak pilihan restoran. Ikut selera masing-masing nak western, nak mamak, nak masakan melayu, selera thai, pizza semua ada. Sediakan duit aje.

Akhirnya, kami terjumpa dengan Restoran Pelperro Steak House. Baru buka rasanya. Lokasinya betul-betul opposite dengan Laman Seri@Business Park Seksyen 13. Sebelum-sebelum ni tak pernah nampak pun restoran ni. Rasa dulu macam Restoran Pecal Lele Lela ke namanya kat kedai ni. Mungkin dah tutup. Ramai juga orang kat restoran ni. Maklumlah, hujung minggu, kat mana-mana restoran di Shah Alam ni mesti penuh.

Ingat lepas gst implement ramai yang makan di rumah. Dah agak dah, sama je keadaan sebelum implement. Seolah-olah gst ni macam kiamat pula sebelum ni dicanangkan di laman sosial. Rakyat akan semua jatuh miskin dan bankrap. Semua duk kalut dan panic shopping semuanya. Haish, berfikirlah dari segi logik. Ada yang murah dan ada yang mahal serta yang sama harga. Bagi saya, sst sebelum ni lagilah bahaya sebelum ni sebab tersembunyi. Kita tak tahu berapa dikenakan. Sekarang ni, company takleh nak sorok atau lari dari cukai. Semua dah transparent. Cuma kalau kerajaan bermula dengan angka yang lebih rendah saya setuju. Hehe kang nanti keluar pula kuliah ekonomi di sini.

Dari luar, nampak selesa keadaan restoran ni. Maka singgah la kami. Saya order chicken chop manakala suami chicken grill. Saya punya portion, besar dan puas hati. Rasa boleh tahan. Suami punya, kecil sedikit dan rasanya sedap. Cuma mashed potato sedikit tawar. Harga pun berpatutan dan murah RM9.90 satu. Lepas ni bolehlah try makan yang lain pula.

*kedai ni tiada gst, tetapi ada service charge 5% atau nama lain, tips untuk pelayan.


Wednesday 1 April 2015

Ikan Patin Tempoyak Temerloh

Hujung minggu baru ni, kami ke Terengganu. Sepupu lelaki sebelah suami menikah dengan orang Kuala Terengganu pada 28 Mac 2015. 

Alang-alang semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur hari Ahad baru ni, suami saya teringin nak makan ikan patin Temerloh masak tempoyak. Maka singgah la kami ke  RNR Temerloh, tapi ikan patin sangkar masa tu dah habis. 

Kami pun search la di google. Mostly bloggers syorkan ikan patin tempoyak yang sedap di Restoran Go Bang Maju. 16km dari RNR Temerloh. Kena exit highway. Sanggup kami ke sana tu walaupun dah magrib masa tu. 

Saya ni, kalau menu tempoyak agak cerewet sedikit. Kalau tak kena selera, memang saya cakap tak sedap. Maklumler orang Perak. Tempoyak arwah opah saya je yang paling sedap bagi saya. Kuah mesti banjir dalam pinggan.

Tempoyak Temerloh ni  saya tengok ada serai. Saya tak boleh terima dulu. Kalau style opah saya tak letak serai. 

Tapi kena yang Go Bang Maju ni, serius sedap dan pedas! Bagi saya, memang sedap ikan patin masak tempoyak di Go Bang Maju ni. 

Kalau orang KL nak merasa ikan patin masak tempoyak ni, Go Bang Maju dah buka satu cawangan di Setapak. Boleh search di Waze untuk direction ke sana.

Satu mangkuk ikan patin harga RM12. Layan diri, beratur ambil order. Orang sentiasa ramai.