Monday, 10 August 2015

Frame IKEA

Jallvik Frame (saiz A3). Baru gantung atas tv.

Saya dah lama berhajat nak tukar tiga frame atas tv. Frame yang ada sekarang ni kecil saiznya, beli di KAISON Paradigm Mall. Saiz besar takde masa tu.


Frame Kaison (saiz A4) yang asal saya letak di bahagian tangga.

Alhamdulillah dapat juga tukar akhirnya dengan frame JALLVIK IKEA. Separuh harga diskaun hanya RM19.90 satu (harga biasa RM39.90).

Actually, saya aim frame RIBBA yang berharga RM9.90 (harga biasa RM29.90) hmm..tiada rezeki, kecewa. Dah habis bila sampai IKEA malam tu. Walhal baru 1st day sale. Gigih saya ajak encik suami malam 6 aug (Sale start 06-23 aug 2015), takut barang habis pumya pasal.

Alang-alang jauh nak sampai IKEA,  saya ambil jugalah frame jenis JALLVIK ni. Nanti bising boss kalau tak beli apa-apa.

Pastu saya juga beli rak kasut PORTIS dua tingkat. Harga biasa RM89, member price jadi RM59. Cadang nak letak luar rumah, senang nak menyapu nanti. Berbaloi gak rasanya, rak besi. 



Rak kasut Portis. Muat letak dalam 5 pasang kasut bagi setiap para.

Monday, 6 July 2015

Berbuka puasa di padang Shah Alam

Keaadan padang jam 6 petang pada hari sabtu


Ini cerita minggu lepas, kami bersama keluarga mertua berbuka puasa di Padang Shah Alam.

Padang ini terletak di belakang bangunan MBSA dan juga berhampiran dengan pintu masuk (pintu belakang) Masjid Shah Alam. 

Disarankan datang awal. Kalau datang hampir jam 7, memang sesak jalan. Terpaksa double park. 

Surau turut disediakan. Di bawah kanopi. Kalau nak ke masjid pun boleh dalam 5 minit jalan kaki. 

Kami semua solat di masjid. Tapi mengah juga la sebab jalan kaki selepas makan. Lagi-lagi masjid Shah Alam tu  besar. Lepas ambil wuduk, naik tangga untuk ke ruang solat. Semput! 


Keadaan padang ketika hampir waktu berbuka puasa

Monday, 22 June 2015

Kerepek Ubi Murah



Kerepek ubi murah.  Kali ini saya meniaga kerepek dengan harga RM6 untuk setengah kilogram kerepek ubi masin. Kalau nak kuantiti yang kurang pun boleh. Selain itu, terdapat juga kerepek-kerepek lain seperti senarai di bawah.

SENARAI HARGA KEREPEK

1. Ubi masin •RM6|500gm
2. Ubi 5 kering •RM8|500gm
3. Ubi pedas basah •RM8|500gm 
4. Pisang tanduk masin •RM12|400gm

Boleh whatsapp no 0133684906 untuk pembelian.

Tuesday, 16 June 2015

Rezeki Philips Airfryer



Alhamdulillah, baru ni rezeki dapat philips air fryer. Dah lama mengidam selepas tengok promotion di Astro Go Shop awal tahun ini. Survey sana sini, order online dari seller di facebook pun kami pernah buat. Tapi tiada rezeki sebab lambat dari tarikh yang dijanjikan, takut kena tipu, kami refund semula duit.

Alkisahnya, pagi Ahad yang baru ini, suami saya membuat panggilan telefon ke  Maybank untuk bertanyakan tentang prosedur terminate credit card (cc). Setelah diterangkan, operator tersebut memberitahu bahawa suami saya ada hampir 200k point cc. Jika kad kredit terus dibatalkan, point tersebut habis akan begitu sahaja. Rugi katanya. Suami saya pun tak ingat langsung pasal point tu. 

Dan kebetulan hari ahad itu juga merupakan hari terakhir treatsfair anjuran Maybank di Midvelly. Jarang-jarang treats fair ni. Setahun sekali kut. Ramai orang tunggu treats fair untuk tebus point sebab yang saya faham, ada dua pilihan untuk redeem point tersebut iaitu sama ada secara online atau pun di treatsfair tersebut. Tebus point di treatsfair adalah lebih berbaloi iaitu 250 point = RM1 manakala secara online lebih kurang 400++ point = RM1.

Lepas melawat laman web Maybank, kami bercadang nak tebus air fryer. Ada macam-macam, gajet seperti handphone, barangan elektrik, tuala, printer, mop, kerusi urut, voucher membeli belah dan pelbagai lagi. Nak pergi melancong pun boleh juga.

Maka bergegaslah kami ke Midvelly. Dah nak sampai sana, hmm, ya ampun, jalan punyalah sesak lagi-lagi federal highway. Parking toksah cakap, semua full. Alhamdulillah kami dapat masuk parking d blok c walaupun pada mulanya pakguard tak bagi masuk sebab hanya tinggal dalam 20 parking sahaja yang kosong. Bila dah masuk, banyak kereta duk pusing-pusing mencari yang kosong. Alhamdulillah nasib kami baik. Mudah aje dapat parking.

Tu baru sampai parking. Bila dah naik tingkat 3, fuh..ramai betul orang dalam hall tu. Terus target ke bahagian electrical. Nak pusing-pusing tengok, takde makna la. Mula kami ke booth Aeon Big, nasib tidak baik. Habis pula air fryer yang model baru. Terus ke booth Ongking, alhamdulillah sempat ambil satu. Tinggal 6 unit sahaja daripada 60. Dapat free baking tray lagi. Alhamdulillah.

Dan semalam, suami saya pun telah terminate credit cardnya. 






Sunday, 14 June 2015

Petua elak tudung berlubang

Sering mengalami tudung tercarik akibat pemakaian pin? Lagi-lagi kalau pakai tudung bawal. Selalu tersangkut pada pangkal hujung pin sehingga tudung jadi berlubang?

Di sini saya nak kongsi salah satu solusinya. Sangat mudah dan menjimatkan wang. 

Anda hanya perlu satu gelang getah yang biasa ada di dapur. Atau lebih dikenali sebagai getah belacan.



Kemudian potong kecil seperti di dalam gambar. Selepas itu, masukkan ke dalam pin tersebut. Siap! Insyaallah tiada lagi insiden tudung termasuk.sehingga pangkal pin.

Saturday, 13 June 2015

Celcom Basic 38

April baru ni Celcom telah memperkenalkan pakej postpaid Basic 38. Hanya RM38 sebulan. Tapi hujung bulan Mei saya baru tahu tentang plan ini. Bagi saya, plan ini sangat berbaloi bagi saya. 



Plan basic 38
- Internet  Data 3GB + Wifi Celcom 3 GB
- Call 50 minit
- SMS 50

*kalau sudah melebihi 50 minit untuk call dan melebihi 50 SMS, Celcom kenakan ppu (pay per use) RM0.15 untuk setiap minit dan setiap tambahan SMS.

Manakala untuk data internet, jika sudah habis, internet hanya akan slow dan tidak akan dicaj. Kalau nak tambah data, boleh beli ikut pilihan data yang ada. 

Dan yang lebih menarik lagi, data internet yang tidak dihabiskan pada bulan semasa, boleh di carry forward ke bulan hadapan. Maksimum setiap carry forward adalah 3GB sahaja setiap bulan.

Baru dua hari sudah saya bertukar ke plan basic 38 ini. Saya buat di Blue Cube Bukit Tinggi.  Total Rm38 + 6 % : RM40.30. Sebelum ini saya pakai celcom plan 1 + 5. Saya main line, mak dan abah subline saya. Mak dengan abah saya pun saya tukarkan ke plan basic 38 ini. Lebih jimat. 

Kalau tidak, bil saya setiap bulan RM110 ++ (sebab data internet saya ambil 3 GB RM50, mak saya RM70 -RM80 (data internet 1 GB RM38) dan abah saya RM15 saje (hanya panggilan dan sms). 

Saya pun pujuk abah saya suh pakai smartphone. Alhamdulillah berjaya juga. Senang nak pakai GPS dan boleh baca news kat handphone saje lepas ini. Hehe..

Adik saya yang bongsu pun dah tukar dari plan prepaid maxis ke plan celcom. Katanya lagi murah. Sebab sebelum ini perbelanjaan untuk top up setiap bulan adalah RM50 . Caranya mudah sahaja, pergi ke Celcom dan isi borang. Tiada bayaran dikenakan.

Dan sebelum terlupa, jika anda mahu subscribe plan ini, untuk lebih jimat saya nasihatkan sila cancel kan printed bill. Hanya activate kan e-billing sahaja. Di situ boleh jimat RM5. 
Rasa dah seperti promoter celcom pula.:)

Thursday, 11 June 2015

Trio Bukit Tinggi

Butik Trio di Bukit Tinggi terletak di dalam Jusco Bukit Tinggi di Level G. No lot G62 (berdekatan dengan butik Mango).



Ada itu Trio? Sebuah butik yang menjual pakaian untuk orang muda. Orang tua pun  boleh juga membeli belah di situ.

Saya pada mulanya memang tak familiar dengan Trio. Al kisahnya sebab saya bertanya pada adik bongsu saya di mana nak dapat cardigan labuh yang murah. 

Katanya di Trio. Maklumlah cardigan ni biasa orang muda remaja yang selalu pakai, tu yang saya tanya dia. Lagipun adik saya banyak koleksi cardigan saya tengok. Macam-macam warna ada.

Saya pun search di google. Tapi tak keluar pun pasal cawangan Trio. Yang keluar cuma status di Fourthsquare, orang tulis pasal shopping di Trio Bukit Tinggi.

So saya pun ke Jusco Bukit Tinggi. Dekat je dengan rumah. 



Inilah cardigan saya beli. Saya pilih warna hitam. Harga asal RM39.90, tapi saya beli dengan harga selepas diskaun 20%. 

Lepas ni, mudahlah kalau nak angkat kain ke, atau jumpa abang posmen. Terus sarung cardigan. Nak ke kedai atau pasar malam pun senang.