Post
pertama. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga buat blog ni. Semangat nak berblog
dah berkobar-kobar sebulan dua ni. Asyik tertangguh je. Si kecil jenis memerap,
kekangan nak akses internet dan lain-lain lagi.
Berbalik
kepada tajuk, sekarang saya sedang beroperasi menggunakan line Altel. Ramai
yang kata laju. Tu yang terpengaruh nak beli simkad Altel. Hehe...Bagi saya
biasa aje. Nak kata laju, mungkin sedikit laju dari line Celcom di hp saya.
Sedikit sahaja ye. Kadang-kadang sama je lambatnya. Ke saya tak pandai nak
judge? Almaklumlah saya ni amatur dalam bab-bab IT ni.
Cuma
pastikan anda yang nak guna line Altel sebagai broadband, jangan lupa aktifkan
plan internet ye. Nanti kalau tak sekejap sahaja habis kredit. Macam saya
haritu. Top RM30, dalam 2,3 hari online dah habis kredit. Rupa-rupanya perlu
aktifkan pelan internet. Plan yang sedia ada adalah plan berbual. Sebenarnya
saya dah lupa macam mana nak guna prepaid, sebab sejak tahun 2008 saya guna
line postpaid. Nak top up haritu pun jenuh tanya kawan sana sini.
Untuk
top up, mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu ada cimb clicks. Tak perlu ke
kedai. Boleh pilih sama ada nak top up RM5, RM10 dan juga RM30.
Kalau
nak tukar plan berbual kepada pelan internet bulanan, taip MB 1GB dan
hantar ke 25835 untuk melanggan.
500
MB = RM15
1 GB = RM28
2 GB = RM48
1 GB = RM28
2 GB = RM48
Oh haz pkai altel.
ReplyDeleteUpdate by mobile ye..
Km guna porta celcom.
Taman ni xda tiang telefon.
Klu x ensuami nk streamyx lah..stabil.
Altel tak bagus. Setiap.habis data 1 GB, nak top up, perlu SMS altel untuk activate plan data. Rasa menyusahkan. Lepas data habis, langsung tak boleh online terus. Whatsapp pun tak boleh. Kalau prepaid Celcom/ Maxis / Clixster boleh lagi whatsapp walaupun slow.
ReplyDelete