Tuesday, 30 September 2014

Dekorasi : Ruang Tamu Ringkas

Saya suka akan dekorasi. Tapi tak pandai nak berhias. Tak berani nak berlebihan, hanya sekadar ringkas. Pertama kali saya kongsikan post tentang dekorasi ruang tamu rumah saya. Rumah teres dua tingkat dengan dekorasi bajet rendah sahaja. Daripada kosong tiada apa di tingkat bawah, perlahan-lahan dilengkapi dengan perabot. 

Saya suka warna coklat. Warna yang tidak jemu bagi saya walaupun bertahun-tahun melihat. Konsep dekorasi pula, saya lebih meminati konsep minimalis dan moden kontemporari. Tak suka sarat dengan hiasan. Hehe main sebut je konsep tersebut. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu apa konsep ruang tamu saya ini. Suami saya kata konsep klasik. Dia terima seadanya dengan rela walaupun dia suka konsep moden katanya.

Sofa tersebut saya yang pilih. Setelah setahun lebih masuk rumah baru berpeluang ada sofa. Saya suka sofa fabrik berbanding jenis kulit. Semasa memilih, saya main tunjuk sahaja di buku katalog. Pilih mana yang berkenan di hati. Entah selesa entah tidak kalau duduk. Fabriknya saya juga yang pilih. Warna yang berkenan sudah habis. Maka ambil.juga la walaupun kombinasi warna gelap. Memang gamble kata orang. Sekali sampai di rumah, mak aih besarnya. Sofa 3 seater tu 8 kaki lebih. Tetapi alhamdulillah selesa duduk.

Karpet comel tersebut, hadiah kahwin dari sepupu saya. Hari biasa tak bentang pun karpet kecuali apabila tetamu datang. Maklumlah ada anak kecil. Comot habis lantai kalau makan. Setiap hari kena mop. Langsir sliding door, mak yang jahit dan sponsor dari beliau. Jimat belanja! Kalau tidak, kos langair 3,4 ratus ringgit juga tu.

Lampu meja juga hadiah kahwin. Bunga pula saya beli untuk hiasa di bilik pengantin dahulu. Recycle sahaja. Bingkai gambar pula saya DIY. Bingkai saya beli di Kaison Paradigm Mall. Kecil aje saiznya, yang saiz besar tidak berkenan pulak designnya. Kemudian aaya google gambar yang diminati dan print berwarna di kedai. Kos dalam tiga puluh ringgit lebih sahaja semuanya. Nanti saya cerita di entri lain.

Sebelum terlupa, side table rersebut saya beli di Tesco. RM19.90 satu. Offer masa tu. Kalau tidak satu hampir 40 ringgit harga biasa. Televisyen pula kami beli dengan wang untung jual telekung lycra. Hampir setahun duduk di rumah tanpa tv. Harga kabinet tv pula dalam RM250. Pakai yang murah dulu, nanti-nanti baru beli yang ok. Tunggu bila dah naik master coordinator shaklee nanti. Insyaallah.

Kalau ada penambahbaikan, mohon komen di bawah ya.

Thursday, 25 September 2014

Susun Atur : Rak micorwave dan oven

Sebelum ini saya pernah post tentang susun atur rak bagi microwave dan oven di daur saya. Entah macam mana tertekan delete. Mungkin blogger dah pening sebab saya update guna dua application di handphone.

Sebelum adanya rak, saya letak microwave di atas table top. Ini menyebabkan ruang dapur yang kecil semakin terhad. Manakala oven saya letak di atas bangku tangga. Keadaan ini mula-mula agak praktikal, namun sejak anak kecil saya, Anhar sudah pandai berdiri dan berjalan, agak membahayakan kerana Anhar suka mencapai apa sahaja pada ketinggiannya.

Rak tersebut saya beki di IKEA. Harga secara tepat saya sudah lupa. Kalau tidak silap lebih kurang RM179 satu. Nama rak tersebut juga saya sudah lupa.




Tuesday, 16 September 2014

Susun atur : Bakul sampah dapur

image

Inilah bakul sampah dapur saya. Saya sangkut menggunakan besi di pintu kabinet dapur.

Sebelum ini saya guna bakul sampai bulat dan letak di tepi sinki. Agak kurang praktikal untuk menyapu dan mop.

Harga bakul sampah putih ini RM7.90. Saya beli di IKEA.
Penyangkut besi RM 2.00 di kedai Mr. DIY.

Lebih kemas kan?

Monday, 8 September 2014

Checklist sebulan sebelum kahwin




Lagi 30 sahaja sebelum bertukar status. Kad undangan sudah pun diedarkan. Sudah pasti debaran mulai terasa untuk bakal pengantin. Lebih-lebih lagi pengantin perempuan. Akan bergelar isteri kepada seorang suami.

Mengikut pengalaman saya, lagi sebulan ni, bagi bakal pengantin perempuan, kesihatan dan penjagaan diri perlu dititik beratkan selain persediaan material lain.

Sudah pasti kita nak kelihatan cantik dan berseri di hari kahwin kan? Maka, mulakan dari sekarang untuk penjagaan wajah. Apa nak buat?


Jangan banyak berjemur atau terdedah kepada cuaca panas dan udara kotor.  

Buat rawatan muka/ facial dan badan di SPA.. Tak pun kalau rajin boleh buat sendiri di rumah.

Selain itu, kesihatan dalaman perlu diambil berat. Macam mana?
        Ambil supplement untuk bantu memberi tenaga dan juga kecantikan kulit. Maklumlah, persiapan di akhir-akhir memang akan membuatkan bakal pengantin sibuk. Sebenarnya, lagi awal ambil, lagi bagus. Tak kira bakal pengantin, bakal tunang, sebagai isteri dan ibu, anak dara juga penting dalam menjaga hal kesihatan wanita.

Saya syorkan, untuk kesan yang cepat untuk seri wajah, boleh ambil Shaklee Collagen Powder (SCP). 

Insyaallah dalam seminggu ke dua minggu akan dapat kesan yang ketara. Lagi-lagi nak kahwin, menjadi raja sehari yang jadi tatapan dan tumpuan ramai akan  sudah tentu nak muka yang cantik dan ala-ala low gitu kan. 

Jom dapatkan segera. Bulan September ni, Shaklee buat promosi. Beli 6 dapat 7. Boleh kongsi-kongsi beli dengan kawan atau keluarga. 


SHAKLEE Collagen Powder mengandungi 7 ramuan aktif bagi meningkatkan keberkesanan!
  1. Keanjalan - menyokong pembentukan tisu penyambung
  • Ekstrak Kulit kerangan laut - Mengandungi glukosamine, sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus Acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen.

     2.  Penghidaratan - menyokong penghasilan kolagen dan asid hialuronik
  • Ekstrak Biji Camellia Japonica - mengandungi asid oleik dan isoflavon juga membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  • Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin. Juga meningkatkan tenaga dan prestasi. 

     3.  Antioksidan - bekalkan nutrisi untuk penghasilan kolagen dan melawan radikal bebas
  • Vitamin C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Vitamin B2, B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen dalam sel tubuh.

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma.
  • Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat.
  • Menegang - menegangkan payudara dan pinggul.
  • Menyubur - menyuburkan rambut, kulit, kuku
  • Meningkatkan Pergerakan - Badan lebih bertenaga dan aktif.
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih muda bermaya.

Sekotak Shaklee Colagen Powder hanya bernilai RM298.  Berbanding dengan produk yang setanding dengannya yang lain dijual pada harga ribuan ringgit.

Macam mana nak beli? Nak diskaun 30%?
Boleh hubungi saya SMS/ Whatsapp : 013 368 4906
Cara pengambilan,tips dan konsultasi turut diberi percuma.



Monday, 1 September 2014

Resepi Strawberry Smoothie simple!

 
Inilah akibatnya apabila menonton televisyen bersama anak kecil. Tengok sekali lalu je pun rancangan resepi kanak-kanak di Astro Ceria Channel 611. Tiba-tiba si emak yang teringinkan strawberry smoothie selepas menonton. Tidak susah penyediaannya.
 
 
STRAWBERRY SMOOTHIE
 
 
 (Resepi untuk segelas)
Bahan-bahan :
  2-3 biji strawberry fresh
1 cawan full cream milk @ fresh milk
2 sudu besar yogurt asli (jika tiada pun boleh)
2 sudu besar gula
tambahkan secawan ais

Cara-cara :
Blend semua bahan hingga halus.
Tuang ke dalam gelas hidang, bolehlah diminum sejuk.
Rasa lemak berkrim. Sedap!
 

*gigih ke kedai mencari buah strawberry dan yogurt