Saya suka akan dekorasi. Tapi tak pandai nak berhias. Tak berani nak berlebihan, hanya sekadar ringkas. Pertama kali saya kongsikan post tentang dekorasi ruang tamu rumah saya. Rumah teres dua tingkat dengan dekorasi bajet rendah sahaja. Daripada kosong tiada apa di tingkat bawah, perlahan-lahan dilengkapi dengan perabot.
Saya suka warna coklat. Warna yang tidak jemu bagi saya walaupun bertahun-tahun melihat. Konsep dekorasi pula, saya lebih meminati konsep minimalis dan moden kontemporari. Tak suka sarat dengan hiasan. Hehe main sebut je konsep tersebut. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu apa konsep ruang tamu saya ini. Suami saya kata konsep klasik. Dia terima seadanya dengan rela walaupun dia suka konsep moden katanya.
Sofa tersebut saya yang pilih. Setelah setahun lebih masuk rumah baru berpeluang ada sofa. Saya suka sofa fabrik berbanding jenis kulit. Semasa memilih, saya main tunjuk sahaja di buku katalog. Pilih mana yang berkenan di hati. Entah selesa entah tidak kalau duduk. Fabriknya saya juga yang pilih. Warna yang berkenan sudah habis. Maka ambil.juga la walaupun kombinasi warna gelap. Memang gamble kata orang. Sekali sampai di rumah, mak aih besarnya. Sofa 3 seater tu 8 kaki lebih. Tetapi alhamdulillah selesa duduk.
Karpet comel tersebut, hadiah kahwin dari sepupu saya. Hari biasa tak bentang pun karpet kecuali apabila tetamu datang. Maklumlah ada anak kecil. Comot habis lantai kalau makan. Setiap hari kena mop. Langsir sliding door, mak yang jahit dan sponsor dari beliau. Jimat belanja! Kalau tidak, kos langair 3,4 ratus ringgit juga tu.
Lampu meja juga hadiah kahwin. Bunga pula saya beli untuk hiasa di bilik pengantin dahulu. Recycle sahaja. Bingkai gambar pula saya DIY. Bingkai saya beli di Kaison Paradigm Mall. Kecil aje saiznya, yang saiz besar tidak berkenan pulak designnya. Kemudian aaya google gambar yang diminati dan print berwarna di kedai. Kos dalam tiga puluh ringgit lebih sahaja semuanya. Nanti saya cerita di entri lain.
Sebelum terlupa, side table rersebut saya beli di Tesco. RM19.90 satu. Offer masa tu. Kalau tidak satu hampir 40 ringgit harga biasa. Televisyen pula kami beli dengan wang untung jual telekung lycra. Hampir setahun duduk di rumah tanpa tv. Harga kabinet tv pula dalam RM250. Pakai yang murah dulu, nanti-nanti baru beli yang ok. Tunggu bila dah naik master coordinator shaklee nanti. Insyaallah.
Kalau ada penambahbaikan, mohon komen di bawah ya.
Aik, meja tu tesco punya?
ReplyDeleteNabilah beli, jd xelok. Xtau la klu ensuami slh pasang ke. Nsb beli Satu je hr2..
Aah meja tesco. Untuk letak yang barang ringan ok la. Baru ni dah rosak kaki sebelah. Asyraf duk tolak sana sini. Huhu...
ReplyDeleteYang ikea punya lagi bagus. RM 29.90. Aritu ada tengok documentary pasal ikea buat perabot2 dia. Cerita pasal side table tu pun ada. Letak barang berat pun ok. Lupa berapa kg boleh letak.Tahan la berbanding meja tesco tu. 10 kali ganda ada kut.