Monday, 13 October 2014

Resepi : Kuih Belimbing

Kali ini saya nak kongsi resepi kuih belimbing yang sedap dan sangat ringkas resepinya.

Kuih belimbing ini terkenal di Kuala Terengganu. Kalau tanya orang Terengganu mungkin mereka biasa makan. Nama moden dia churos. Orang kata churos lebih besar. Western kut!

Bagi saya, pertama kali pertama saya mendengar nama kuih belimbing@churos  apabila terliur melihat post sahabat saya Suhaini di FB. Gambar beliau sedang mencicah kuih belimbing dengan Nutella. Hehe...terus saya nak cuba.

Ini adalah resepi kuih belimbing dari Suhaini.

1 cawan air
1 cawang tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar mentega/ marjerin
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Gula halus/ kastor

Cara-cara :
1. Didihkan air, mentega, garam dan di dalam periuk.
2. Tutup api. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
3. Masukkan telur. Kacau sebati
4. Panaskan kuali dan minyak. Adunan tadi masuk ke acuan semperit.
5. Picit adunan dalam 2 inci terus ke dalam kuali. Goreng secara balik-balikkan sehingga keemasan. Angkat, tos dan gaulkan dengan gula.

Siap! Mudahkan? Bagi saya, resepi sangat simple, tetapi yang remehnya adalah semasa hendak mengacukan ke dalam kuali. Mungkin sebab saya tiada acu semperit bunga dahlia kut. Saya guna acu icing untuk cubaan kali pertama.

image

Ini percubaan pertama saya. Tiada rupa belimbing. Adunannya jenis lembik, maka bila nak angkat ke kuali hilang rupa bentuk acu asal. Walaupun tiada rupa, rasanya sedap. Tak cukup satu adunan. Berebut dengan encik suami dan anak.

image

Ini percubaan kali kedua saya. Hehe...langsung tiada rupa belimbing. Saya pakai plastik icing. Terus picit dalam kuali. Saya buat dua adunan sekaligus. Bagi puas makan.

Tuesday, 7 October 2014

Jatuh cinta! #shaklee effect

Kini saya sudah jatuh cinta. Dengan siapa? Dengan si dia...

Eh, ini bukan cerita tentang insan ye. Saya nak cerita bagaimana saya jatuh cinta dengan Shaklee :).

2006
Saya kenal Shaklee masa zaman belajar degree pada tahun 2006. Ayah saya beri B complex, vitalea dan garlic tak silap. Lupa dah. Hanya ambil ketika belajar.  

2013
7 tahun kemudian iaitu tahun 2013 saya mengambil vitalea ketika hamil. Itu pun kawan sekolah saya Azyatun yang cadangkan selepas saya bertanya di group whatsapp sekolah macam mana nak naikkan HB. Saya beli dari beliau.

Ternyata Vitalea memang berkesan untuk naikkan HB saya. Maintain bacaan 11 ke atas. Walhal saya ambil sebiji sehari. Itupun mengelat kadang-kadang je ambil. Bila nak jumpa doktor baru ambil.. hehe. Kalau ambil vitalea ikut aturan sebenar mungkin lebih cantik bacaan hb saya agaknya. Punya la malas saya, bukan apa sebabnya, saya akan muntah selepas ambil vitalea. Sebab tak tahu cara makan yang betul ketika itu. Sebelum ni saya makan iron tablet pun tak berkesan. HB saya bawah 10.

Saya juga ada ambil ostematrix ketika hamil untuk kurangkan buasir. Alhamdulillah, dua dalam satu saya dapat. Selepas ambil ostematrix, saya tiada alami kaki cramp ketika tidur. Ibu hamil perlukan kalsium yang cukup.

Semasa berpantang Julai 2013, saya ambil set bajet Shaklee dengan Natrah. Mak mertua saya terkejut tengok saya elok sihat berjalan laju macam biasa 2, 3 hari selepas bersalin. Saya sendiri rasa segar badan cuma rasa sakit di bahagian jahitan bawah tu yang membuatkan kurang selesa bila duduk. 

Natrah ada juga ajak saya join menjadi ahli. Saya kata saya makan vitamin kadang-kadang aje. So rasa tiada kepentingan untuk join ahli ketika itu.

* Ketika lahir, baby saya juga mempunyai tulang yang tegap bila dukung. Orang kata la. Saya tak tahu pun sebab first time ada baby, tak pernah dukung baby kecil. Mungkin kesan saya ambil ostometrix shaklee tu. Baby pun dapat sumber kalsium yang cukup ketika dalam perut ibu.

September 2013
Entah macam mana, sahabat baik saya Sarah ajak saya join ahli. Saya pun iye kan aje. Mana la tahu lain kali nak beli boleh beli dengan harga ahli. Senyap-senyap saya daftar tanpa pengetahuan encik suami. Takut dia marah, Shaklee kan mahal..hehe. September saya hanya daftar sebagai ahli. Rasanya tak buat pembelian apa-apa pun.

November 2013
Hujung oktober suami saya tiba-tiba ajak buat bisnes Shaklee. (Ketika itu kami buat bisnes telekung lycra dan perkhidmatan sewa page kepada peniaga-peniaga online). Sebab rata-rata yang sewa page ketika itu ramai SID. Hehe apa lagi, ketika itulah terbongkar saya sudah ahli Shaklee. Maka, November 2013 bermulanya bisnes Shaklee saya. Bonus permulaan puluhan ringgit sahaja.

Januari 2014
Saya berjaya naik rank ke supervisor. Alhamdulillah merasa bonus dengan empat angka dan juga saya semakin rajin mengambil vitamin. Maklumlah penat jaga anak kecil ni, mak perlukan makanan tambahan juga untuk kekal cergas. Selain tu, sudah tentu saya pilih set kecantikan. Siapa tak nak cantik kan?

Dan Mac 2014 sebagai senior supervisor.

Oktober 2014
Kulit saya semakin cantik. Nampak bezanya. Parut semakin pudar dan kulit semakin sekata. Sesekali hargai diri sendiri tak salah kan..hehe

Panjang pula karangan saya ni kan.

Ini susur galur saya. Alhamdulillah mereka semua muda-muda belia dan sungguh bermurah hati dalam berkongsi ilmu.
 
Saya  - Sara Maya - K. Siera - K. Bizu - K. Shazwani Aika - Master Nadiah - Master Iffah - PM Cherry.

Ingin alami pendapatan dari rumah dan anda mahu cantik?

Boleh hubungi saya
Hazwani
013 368 4906