Monday, 13 October 2014

Resepi : Kuih Belimbing

Kali ini saya nak kongsi resepi kuih belimbing yang sedap dan sangat ringkas resepinya.

Kuih belimbing ini terkenal di Kuala Terengganu. Kalau tanya orang Terengganu mungkin mereka biasa makan. Nama moden dia churos. Orang kata churos lebih besar. Western kut!

Bagi saya, pertama kali pertama saya mendengar nama kuih belimbing@churos  apabila terliur melihat post sahabat saya Suhaini di FB. Gambar beliau sedang mencicah kuih belimbing dengan Nutella. Hehe...terus saya nak cuba.

Ini adalah resepi kuih belimbing dari Suhaini.

1 cawan air
1 cawang tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar mentega/ marjerin
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Gula halus/ kastor

Cara-cara :
1. Didihkan air, mentega, garam dan di dalam periuk.
2. Tutup api. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
3. Masukkan telur. Kacau sebati
4. Panaskan kuali dan minyak. Adunan tadi masuk ke acuan semperit.
5. Picit adunan dalam 2 inci terus ke dalam kuali. Goreng secara balik-balikkan sehingga keemasan. Angkat, tos dan gaulkan dengan gula.

Siap! Mudahkan? Bagi saya, resepi sangat simple, tetapi yang remehnya adalah semasa hendak mengacukan ke dalam kuali. Mungkin sebab saya tiada acu semperit bunga dahlia kut. Saya guna acu icing untuk cubaan kali pertama.

image

Ini percubaan pertama saya. Tiada rupa belimbing. Adunannya jenis lembik, maka bila nak angkat ke kuali hilang rupa bentuk acu asal. Walaupun tiada rupa, rasanya sedap. Tak cukup satu adunan. Berebut dengan encik suami dan anak.

image

Ini percubaan kali kedua saya. Hehe...langsung tiada rupa belimbing. Saya pakai plastik icing. Terus picit dalam kuali. Saya buat dua adunan sekaligus. Bagi puas makan.

2 comments:

  1. Wah pandai la haz shoot gambar..
    Ada skill ni..terbaik.

    Km dh buat, ensuami xberebut pun. Xsyok lgsung, kita punya la semangat buat churros, dia panggil kuih apa ni?

    #dia bkn tekak western,huhu.

    ReplyDelete
  2. Hehe..takpe. Hafni mesti suka kan? Dah try buat roti sarang lebah? Senang je resepi rupanya. Sedap. Baru try sekali aritu.

    ReplyDelete