Monday 9 February 2015

Apam Lenggang Simple

Teringat masa kecil-kecil dahulu, beratur depan kuali dengan sepupu sementara tunggu opah masak apum lenggang. Sedap! Nostalgia...

Hari ni bangun pagi, tiba-tiba teringin apum lenggang. Rupanya ringkas sahaja resepinya. Saya pakai tepung beras je. Ni pun saya google. Lupa dah nama blognya. Ada resepi yang pakai beras, rendam dan blend. Saya tak serajin itu. Dan ambil masa lama.

Saya punya apum lenggang tak secantik opah. Bolehlah. Janji makan sedap ada rasa. Nyum nyum.

RESEPI APUM LENGGANG
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (nak kurang pun boleh)
1 1/2 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil yis segera@mauripan
1biji telur
1 cawan santan pekat

Cara-cara:
1. Campur semua bahan kecuali telur dan santan. Perap sejam. Biasa orang buat malam. Pagi baru masak.
2. Kemudian campur telur dan santan ketika nak masak. Boleh guna kuali biasa (letak sedikit minyak) atau kuali non stick.

Ceduk pakai senduk kecil, kemudian letak dalam kuali. Jangan lupa lenggangkan kuali. Hehe..kalau tak tebal la apum tu kalau tak lenggang..Masak sehingga perang. Dah siap!
(Kalau boleh elakkan kuali non stick. Saya sedang cuba dan ke arah penggunaan pan/kuali casserole - boleh google bahaya penggunaan non stick pan)

Apam Lenggang

No comments:

Post a Comment