Showing posts with label Susun atur. Show all posts
Showing posts with label Susun atur. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

Bekas garam dan kunyit

image


Bekas garam dan kunyit pun nak cerita juga kan? Hehe...

Dulu tutup bekas ni warna merah.
Habis dah saya spray jadi putih bahagian luar tutup tu.

Ada empat semuanya. Satu dah pecah. Anhar bagi pecah. Boleh letak asam jawa, asam keping  dan juga belacan.

Kalau tak silap dah berpuluh tahun juga usia bekas garam ni. Sejak dari saya kecil. Bekas garam ini, emak saya yang bagi sebab dah beli baru yang kat Ipoh. Katanya bekas ni beli di Bukit Kayu Hitam dulu.

Sebelah bekas tu adalah botol minyak. Recycle aje. Botol kecil untuk minyak sayur, satu lagi minyak kelapa sawit.

Dulu sanggup beli minyak zaitun sebab nak botol kacanya.. Hehe..

image

Monday, 1 December 2014

Shopping di Home Pro

Cerita semalam.

Walaupun demam, gigih nak keluar rumah, bertahan dengan panadol je.
Hehe nak jugak ke IOI City Mall yang baru buka di Putrajaya. Untuk elak orang ramai masa shopping, hampir pukul 10 pagi kami dah sampai sana. Orang dah mula ramai walaupun banyak kedai belum buka.

Saya hanya pergi level G. Target nak ke HomePro dan Index Living Mall.

Tak dapat nak snap gambar kedai memandangkan hp tertinggal di rumah.
image

Cadang nak beli rak untuk sabun basuh kain, hmm harga macam tak berbaloi di situ.
Saya hanya pusing di bahagian storage saje dalam HomePro tu. Sebenarnya macam-macam department ada. Untuk bilik air ada, bahagian cadar dan towel, cat, tiles dan lain-lain lagi.

Last-last hanya beli bakul putih tu, RM15. Muat sehingga 19 liter. Nanti kalau tak beli apa-apa, bising pula encik suami sebab dah datang jauh-jauh.

Nak letak drypers boleh, toys pun boleh.

Lepas ke HomePro, kami ke Index Living pula. Satu di barat, satu di timur. Agak jauh jalan, sebab besar IOI ni. Kalau saya sihat, ok je jalan shopping ni. Bagi saya terapi walau tak beli apa-apa pun. Tapi encik suami yang bising kalau setakat window shopping je baik tak payah keluar. Hehe ni kira baik la, kalau asyik membeli lagi parah.

Kalau Index Living ni, bagi saya dia ala-ala IKEA. Tapi tak sebesar IKEA.Ada showroom tapi takde la style gudang kalau nak pilih barang. Barang dia kat rak je. Dua-dua ni Siam punya company.

Sekejap je saya jalan dalam Index Living. Sebab dah tak larat nak berdiri lama. Pastu terus balik. Nasib baik parking free. Sebab mesin parking ticket tu belum beroperasi lagi.
Rasanya, parking memang banyak tak perlu risau kalau datang masa peak hour. Tapi ramai yang ke level P3 dan P4. Level P2 dan P1 banyak lagi kosong masa kami lalu nak keluar balik. Mungkin sebab masing-masing masa mula-mula masuk hanya perasan signboard untuk ke P3 sahaja.
image

Akhirnya, saya susun la botol-botol Dynamo 4kg dengan Downy dalam tu bersebelahan dengan mesin basuh.

Kalau lepas ni dah ada rak untuk sabun basuh, mungkin jadi tempat simpan toys. Humban aje semua dalam tu hehe..
image

* tempat simpan plastik yang gantung di kepala paip tu, dulu saya sumbat je plastik sampai penuh. Hari tu datang mood rajen memgemas dan melipat segitiga, dapat jimat ruang. Hanya separuh bakul je.

Sekarang saya dah mula disiplin untuk simpan plastik. Lepas balik shopping, terus lipat plastik shopping. Kalau duk tangguh, jadi banyak dan serabut. Ni semua akibat terpengaruh dengan fb group KSSA. Hehe...

Tuesday, 11 November 2014

Sinki Dapur

Kali ni saya nak tunjuk sinki dapur rumah saya.

Sebenarnya saya suka sinki yang clear, tak de barang-barang sangat. Kosong dari botol sabun, span basuh pinggan dan berus sinki serta bakul sampah sisa makanan.

Tapi jenuh dah saya susun aturkan nak bagi kosong dan kemas. Tak mahu jugak. Sebab berus sinki, sabun dan span basuh periuk, hari-hari digunakan. Kalau sorok bawah sinki macam susah nak capai.

Kalau periuk dan kuali yang baru basuh, saya gantung di grill. Dah kering, susun bawah sinki. Kalau tak, semakin serabut keadaan kawasan sinki yang kecil tu.

So seperti dalam gambar, itu sahaja yang mampu dilakukan. Cuma saya nak seragamkan warna lepas inu. Saya cuba putihkan peralatan dapur. Yang hijau tu dah ada dari dulu. Dah rosak boleh cari yang warna putih pula lepas ni.

image

Ini gambar keseluruhan. Gambar sedikit gelap sebab cahaya di tingkap sangat terang ketika itu.

Rak pinggan tu, gigih saya spray jadi putih. Dulu merah besi di kiri dan kanan rak tu.

image

Ini bakul sabun dan span basuh periuk. Saya beli di Daiso dalam Jusco Bukit Tinggi Klang. Agak praktikal berbanding sebelum ini saya letak botol sabun di tepi sinki. Tapi kawasan tu selalu basah dan cepat kotor berlumut.

image

Ini pula bakul sampah sisa makanan dari sinki. RM5 juga. Tak berbaloikan? Hehe tapi sebab nak warna putih punya pasal. Dah penuh, baru masuk ke bakul sampah besar.

Thursday, 25 September 2014

Susun Atur : Rak micorwave dan oven

Sebelum ini saya pernah post tentang susun atur rak bagi microwave dan oven di daur saya. Entah macam mana tertekan delete. Mungkin blogger dah pening sebab saya update guna dua application di handphone.

Sebelum adanya rak, saya letak microwave di atas table top. Ini menyebabkan ruang dapur yang kecil semakin terhad. Manakala oven saya letak di atas bangku tangga. Keadaan ini mula-mula agak praktikal, namun sejak anak kecil saya, Anhar sudah pandai berdiri dan berjalan, agak membahayakan kerana Anhar suka mencapai apa sahaja pada ketinggiannya.

Rak tersebut saya beki di IKEA. Harga secara tepat saya sudah lupa. Kalau tidak silap lebih kurang RM179 satu. Nama rak tersebut juga saya sudah lupa.




Tuesday, 16 September 2014

Susun atur : Bakul sampah dapur

image

Inilah bakul sampah dapur saya. Saya sangkut menggunakan besi di pintu kabinet dapur.

Sebelum ini saya guna bakul sampai bulat dan letak di tepi sinki. Agak kurang praktikal untuk menyapu dan mop.

Harga bakul sampah putih ini RM7.90. Saya beli di IKEA.
Penyangkut besi RM 2.00 di kedai Mr. DIY.

Lebih kemas kan?