Wednesday, 10 June 2015

Restoran Putera Ayu

Petang semalam kami ke stesen komuter Padang Jawa untuk menjemput adik saya yang dari KL Sentral, cuti semester baru bermula. 




Lepas masuk simpang ke stesen komuter tu, saya baru perasan kewujudan Restoran Putera Ayu di sebelah kanan jalan. Dulu kami cari juga lokasi restoran ni pakai waze, tapi tak jumpa. Rupa-rupanya restoran tersebut terletak selepas barisan kedai di Seksyen 16.



Untuk menunaikan hajat yang tidak kesampaian sebelum ini, makanya selepas mengambil adik, terus singgah di restoran itu.



Kami order nasi putih, tomyam, sayur kailan dan telur dadar. Boleh tahan juga harganya standard restoran chinese food.




Tomyam saiz kecil RM9

Telur Dadar  saiz kecil (2biji)RM4
Kailan Belacan saiz kecil RM8
Nasi putih (satu) RM2


Portion untuk saiz kecil ni sesuai untuk makan 3 orang. 
Bagi saya, rasa tomyamnya biasa aje. Cuma kailan belacan sedap! Walaupun RM8, tapi hidangannya boleh makan sehingga 4 orang.  


*kedai ini ada GST










Tuesday, 26 May 2015

Nasi Beriyani Pak Anjang

Ahad lepas, saya ke  Seksyen 16 Shah Alam, area Padang Jawa. Mencari tapak mesin jahit di kedai alatan jahitan Karysma Store.

Menghampakan. Tiada seperti yang dimahukan. Saya mencari tapak untuk kelim tepi halus dan juga low shank.

Hmmm...Masa tu dah tengah hari. Perut dah rasa lapar. Cadang nak makan di area Seksyen 7. Tapi masa nak keluar tu, jumpa restoran Nasi Beriyani Pak Anjang baru buka di belakang kedai Karysma Store tu. Suami saya tiba-tiba terus teringin nasi beriyani dan laju je cari parking kereta. 

Tahun lepas, kami pernah makan di kedai Pak Anjang masa di Seksyen 13. Saya suka dengan nasi dan lauk nya. Bagi saya sedap berbanding nasi beriyani restoran Tirai Ratus. Tapi suami saya kata, biasa aje.

Harga nasi beriyani ayam dalam RM12. Puas hati dengan rasanya Walaupun nasi yang dihidang cukup-cukup aje kuantitinya untuk saya.

Dekorasi kedainya biasa-biasa aje. Ringkas dan selesa.

Sunday, 17 May 2015

Rayyan Burger Bakar

Ahad lepas kami ke Rayyan Burger Bakar di Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam. Atau berhampiran dengan Restoran Abdullah Chan (lupa dah nama kedainya).

Tahu kewujudan Rayyan Burger ni pun sebab tengok iklan dia besar di tepi highway LKSA. Besar betul billboard dia. Dari billboard tu, lebih kurang dalam 2km aje nak sampai ke kedai.

Restoran dia biasa-biasa aja tapi selesa. Ramai juga orang. Service pun cepat.
Kami order nasi ayam dan burger bakar. Harga makanan di kedai ni agak berpatutan dan puas hati juga.

Nasi ayam RM5.50
Burger RM7.50


Boleh tahan juga rasa nasi ayam dan burgernya. Bolehlah, berpadanan dengan harganya.

Ada banyak pilihan. Western, set nasi + ayam goreng, desert dan lain-lain.
Kami puas hati. Boleh datang lagi lepas ni untuk mencuba yang lain.

Kedai ni tiada service charge dan juga GST. Ownernya pun bertudung labuh :). 


Suasana kedai. Selesa juga.
 

Wednesday, 13 May 2015

Burger Bakar Abang Burn

Semalam pergi makan burger di Restoran Burger Bakar Abang Burn, Seksyen 7 Shah Alam (opposite dengan Jakel). Saya first time sampai.

Dulu tengok ramai orang dan berasap-asap bila lalu depan kedai. Tapi semalam dalam jam 8.40 malam, hanya kami aje. Lepas kami order di kaunter baru datang 2 customer yang lain. Pelik. Sunyi je. Fenomena burger bakar dah berlalu kut.

Saya order chicken burger.

Review:
Biasa aje bagi saya. Rasa seperti burger di stall tepi jalan. Cuma burger patty dia besar.

Apa-apa pun, Burger Bakar Abang Burn kena improve dari segi rasa, kebersihan dan juga suasana restoran  kalau nak bersaing dengan burger bakar yang lain. Suram dan tidak berapa bersih lantainya. Ni pandangan saya la.

Kedai ni ada GST :).

Thursday, 7 May 2015

Patchwork Carpet murah

Masuk minggu kedua dah pakai carpet ni. Senang bagi saya berbanding carpet yang biasa tu.

1. Tak perlu nak vacum. Kibas-kibas je. Sampah sarap akan jatuh dan sapu pakai penyapu.

2. Boleh masuk mesin basuh.
*Kalau nak hantar dobi layan diri tu, boleh terus masuk dalam dryer lepas basuh. Hanya sediakan duitnya. Basuh baju max 14kg, RM6. Pastu guna dryer RM4. Total RM10. Dah kering, sampai rumah boleh bentang terus.

Carpet ni sangat sesuai untuk siapa-siapa yang ada anak kecil. Yang suka makan tumpah-tumpah. Dan untuk orang yang alergik habuk.

Berminat? Macam mana nak dapatkannya? Boleh pm/whatsapp saya 0133684906.
Hanya RM130 termasuk pos.
Saiz 5 x 7 kaki.
Anti slip (ada biji-biji getah di bawah carpet).

Monday, 13 April 2015

Jahitan baby seam untuk shawl


Jahitan baby seam atau nama lainnya juga baby hem. Saya ni masih di peringkat begginner dalam menjahit. Baru kenal-kenal, try and error aje.

Kali ni saya nak tunjuk bagaimana nak jahit baby seam untuk shawl dengan menggunakan tapak jahitan biasa.

1. Mula-mula ukur saiz shawl/ tudung yang diinginkan.
2. Kemudian lebihkan kain tersebut dari saiz sebenar lebih kurang dlm seinci di sekelilingnya.
3. Selepas itu lipat dua di hujung kain, dah jahit di hujung sekali secara halus. (Boleh lihat gambar).
4. Kemudian gunting lebihan dan lipat dua. Jahit sekali lagi. Tindih jahitan pertama atau jika tidak mahu tindih, buat dua line pun boleh.








 

Sunday, 12 April 2015

Polperro Steak House Shah Alam

Sabtu baru ni, saya dan suami teringin pula nak makan malam ala western di Shah Alam. Mula-mula, kami ke Laman Seri di Seksyen 13. Nak cari restoran Sa Teori Mexican Grill, sebab tengok di blog-blog, ramai kata harga berpatutan dan sedap. Dah pusing 2 kali kawasan situ, tapi tak jumpa pun. Dah tutup agaknya. Hmm..sedikit kecewa. Tapi dalam Laman Seri ada Restoran House of Steak, ramai betul orang dan dulu pernah cuba. Tak berapa best.  Lagi satu, Restoran Laman Grill milik chef Zubir Master Chef tu. Romantik je lampu situ. Tapi kami tak berhajat ke situ. Lain kali insyaallah. Hehe tunggu bajet besar.

Kemudian, kami keluar dari Laman Seri dan pergi area shop lots di hadapan Laman Seri. Situ pun banyak pilihan restoran. Ikut selera masing-masing nak western, nak mamak, nak masakan melayu, selera thai, pizza semua ada. Sediakan duit aje.

Akhirnya, kami terjumpa dengan Restoran Pelperro Steak House. Baru buka rasanya. Lokasinya betul-betul opposite dengan Laman Seri@Business Park Seksyen 13. Sebelum-sebelum ni tak pernah nampak pun restoran ni. Rasa dulu macam Restoran Pecal Lele Lela ke namanya kat kedai ni. Mungkin dah tutup. Ramai juga orang kat restoran ni. Maklumlah, hujung minggu, kat mana-mana restoran di Shah Alam ni mesti penuh.

Ingat lepas gst implement ramai yang makan di rumah. Dah agak dah, sama je keadaan sebelum implement. Seolah-olah gst ni macam kiamat pula sebelum ni dicanangkan di laman sosial. Rakyat akan semua jatuh miskin dan bankrap. Semua duk kalut dan panic shopping semuanya. Haish, berfikirlah dari segi logik. Ada yang murah dan ada yang mahal serta yang sama harga. Bagi saya, sst sebelum ni lagilah bahaya sebelum ni sebab tersembunyi. Kita tak tahu berapa dikenakan. Sekarang ni, company takleh nak sorok atau lari dari cukai. Semua dah transparent. Cuma kalau kerajaan bermula dengan angka yang lebih rendah saya setuju. Hehe kang nanti keluar pula kuliah ekonomi di sini.

Dari luar, nampak selesa keadaan restoran ni. Maka singgah la kami. Saya order chicken chop manakala suami chicken grill. Saya punya portion, besar dan puas hati. Rasa boleh tahan. Suami punya, kecil sedikit dan rasanya sedap. Cuma mashed potato sedikit tawar. Harga pun berpatutan dan murah RM9.90 satu. Lepas ni bolehlah try makan yang lain pula.

*kedai ni tiada gst, tetapi ada service charge 5% atau nama lain, tips untuk pelayan.