Thursday, 26 February 2015

Jahitan Cross Stitch


Dah masuk minggu ke lima buat cross stitch. Seperti dalam gambar, itulah hasilnya. Ikut orang, kalau rajin, agaknya sebulan dua dah boleh siap. Kadang ada yang bertahun. Hehe itu saya lah. Dulu masa tingkatan satu saya pernah buat. Dua gambar lak tu. Siap sampai 80%. Pastu ntah ke mana dah. Dulu duk asrama, so bila cuti sekolah je buat. 

Sekarang ni dah tua-tua, dah umur masuk 3 series, teringin pula nak buat cross stitch. Tiba-tiba je mood datang awal tahun 2015 baru ni. Walhal sekarang ni bukan zaman cross stitch dah. Zaman mak saya muda-muda dulu yer banyak orang buat. Dulu rumah saya banyak frame cross stitch gambar bunga dan pemandangan. Saya pun tak pernah lihat mak saya buat. Tahu-tahu masa darjah 6, saya nampak ada stok lebihan benang cross stitch yang banyak. Tu yang datang minat nak try buat. Mak pun bukannya ajar sangat. Cakap mulut je. Saya pandai-pandai sendiri je. Saya masa tu berulang naik basikal ke kedai beli gambar mana yang berkenan dan warna benang yang takde dalam stok.

Dulu benang jenama DMC (made in France) tu harga RM0.90 gitu. Hampir 20 tahun sudah. Sekarang dah RM1.70. Hmm mahal. Kain cross stitch pun sekarang semeter dah RM35.

Actually, saya duduk Klang sempadan dengan Kemuning ni, saya tak tahu sangat kedai-kedai di sini. Saya pun google je barang-barang jahitan cross stitch. Konon nak beli online, tiba-tiba ternampak FB Maycraft baru buka cawangan di Gamuda Walk Kota Kemuning. Baru 2, 3 minggu buka masa tu. So saya pun beli barang kat situ. Mr Diy pun baru buka kat situ. Hehe dekat je dengan rumah.
Sebelum nak beli, saya sembang-sembang dengan orang kedai, rupanya nak buat cross stitch ni ada 3 jenis kain(ikut ct - count thread).Saya baru tahu.
- DMC Aida 9 ct (seutas benang)
- DMC Aida 11ct (3 urat benang)
- DMC Aida 14 ct (2 urat benang)

Dulu masa kecik, saya belasah je. Saya guna DMC Aida 9 ct rupanya dan benang biasa (seutas benang jenama DMC tu ada gabungan 6 urat benang halus). Kira saya rugi bahagian benang. Saya tak bahagi pun. So saya terpaksa guna benang yang banyak.

Kali ni, saya guna kain DMC Aida 14 ct. Jimat, seutas benang tu saya bahagi 3. Sebab kakak kedai tu kata, lagi halus cross stitch lagi cantik. Cumanya, bila guna kain 14 ct, gambar akan semakin kecil berbanding guna kain 9ct.

* untuk gambar bunga di atas, saya pakai setengah meter kain

Sebelum nak jahit, saya buatkan kotak-kotak dengan benang biasa pada kain. Boleh tengok dalam gambar, benang hitam. Koordinat 10 x 10 kotak kecil macam dalam kertas gambar bunga tu. (Remote tv sebagai indikator saiz gambar)

Bagi saya, senang nak tanda simbol warna benang. Saya suka buat ikut satu-satu warna. Saya akan habiskan satu buku benang dahulu. Yang ini sebab mak saya yang ajar. So, permulaan, saya hanya beli 6 warna benang dahulu. Dah habis nanti saya berulang ke kedai. Beli warna lain pula. Hehe..
Kalau kakak kedai tu ajar, dia biasa buat by baris dan kotak-kotak tu dia tak buat pun. Dia agak-agak je kat mana center kain tu untuk mulakan jahitan. Dia habiskan jahitan ikut baris. So banyak warna akan guna. Kena beli satu set warna. Ikutkan gambar yang saya buat ni ada 26 warna benang. 
Sekarang saya baru guna 12 warna.

Ni kos yang telah belanja untuk buat cross stich ni
1. Kain setengah meter RM17.50
2. 12 warna benang RM1.70 x 12 = RM 20.40
3. Set 5 batang jarum  RM6.90
4. Gambar bunga RM6.00
5. Ho0p bulat RM11.00

Tu belum kos nak tempah frame gambar lagi hehe..Kalau jual, beratus-ratus ni campur tenaga. 
Hmm sebenarnya, sekarang ni dah ada jual set dari China. Siap ada kain, benang, gambar dan jarum. Pada kain pun dah print siap gambar ikut simbol. Kira tinggal jahit aje. Murah pun murah. Dalam RM20 lebih. Kalau benang habis tak cukup, boleh beli loose jenama DMC. Dulu masa saya pergi, takde gambar yang berkenan. Banyak yang kartun. Baru ni pergi banyak pula set gambar bunga. Haish.
Baru separuh siap.
Gambar sebenar kalau dah siap nanti.
Kod benang dan simbol pada gambar.

No comments:

Post a Comment