Sekarang ni snek rumpai laut Tao Kae Noi menjadi kegemaran suami.
Adik beliau yang kenalkan. Beli di kedai Speedmart katanya.
Maka kami pun turut menjejaki di Speedmart. Harga lebih murah berbanding di kedai lain dan juga pasar raya besar.
Macam-macam perasa ada. Kami lebih suka perasa chili, spicy grilled squid dan tomyam. Yang lain belum pernah rasa. Suka yang pedas-pedas. Tapi tak pedas mana pun.
Tidak halal? Jangan risau, Tao Kae Noi ni produk keluaran Tahiland dan dapat pengiktirafan halal daripada The Islamic Committee Office of Thailand itu sendiri.
Bolehlah cuba ye. Ada banyak saiz. Yg 20g tak silap dalam RM2.95.
Selain tu, barang-barang keperluan rumah seperti sabun mandi sabun basuh kain serta biskut lebih murah di Speedmart berbanding di Tesco, Giant mahu pun Aeon Big. Kadang-kadang harga sale di Tesco dan lain-lain juga tak dapat tandingi harga di Speedmart.
Saya tertarik dengan idea bisnes Speedmart ni. Banyak rangkaian, murah, mudah dan senang. Tak perlu parking jauh-jauh. Owner dia seorang OKU berbangsa cina yang gigih tak silap saya.
No comments:
Post a Comment