Minggu lepas, Khamis malam tiba-tiba sang suami mahu jalan-jalan ke Shah Alam. Saja nak ambil angin malam. Penat kerja siang hari katanya, sebab Rabu dan Khamis kena bagi training kat staf lain. Tapi memang selalu setiap hari atau selang sehari waktu malam mesti jalan keluar. Kalau tak jauh, paling dekat kedai depan rumah. Hehehe.. ikutkan saya, memang malas nak keluar. Malas nak bersiap. Kecuali la kalau ada keperluan nak beli barang.
Dah kata nak ke Shah Alam, saya pun cadangkan jom kita minum-minum kat restoran Murni Discovery di Seksyen 7 Shah Alam. Orang kata, harga murah dan portionnya sangat banyak. Restorannya boleh nampak tepi hiway sebelah I-City. Sampai-sampai sana, hmmm ramainya umat manusia. Kalah kedai mamak.
Akhirnya kami ke Chemistry Cafe. First time masuk. Saja nak try sebab dulu kawan-kawan asyik bercerita pasal cafe ni.
Kat Chemistry Cafe ni, pelayan dia pun pakai lab coat. Cawan dia ada yang pakai kelalang, kalau yang sos, dia letak dalam test tube.
Kami order Hazelnut Milk dan waffle aje memandangkan dah makan malam di rumah. Sedap gak! Maklumlah harga waffle tersebut RM13.50, manakala Hazelnut Milk RM8.50.
No comments:
Post a Comment