Hujung minggu baru ni, kami ke Terengganu. Sepupu lelaki sebelah suami menikah dengan orang Kuala Terengganu pada 28 Mac 2015.
Alang-alang semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur hari Ahad baru ni, suami saya teringin nak makan ikan patin Temerloh masak tempoyak. Maka singgah la kami ke RNR Temerloh, tapi ikan patin sangkar masa tu dah habis.
Kami pun search la di google. Mostly bloggers syorkan ikan patin tempoyak yang sedap di Restoran Go Bang Maju. 16km dari RNR Temerloh. Kena exit highway. Sanggup kami ke sana tu walaupun dah magrib masa tu.
Saya ni, kalau menu tempoyak agak cerewet sedikit. Kalau tak kena selera, memang saya cakap tak sedap. Maklumler orang Perak. Tempoyak arwah opah saya je yang paling sedap bagi saya. Kuah mesti banjir dalam pinggan.
Tempoyak Temerloh ni saya tengok ada serai. Saya tak boleh terima dulu. Kalau style opah saya tak letak serai.
Tapi kena yang Go Bang Maju ni, serius sedap dan pedas! Bagi saya, memang sedap ikan patin masak tempoyak di Go Bang Maju ni.
Kalau orang KL nak merasa ikan patin masak tempoyak ni, Go Bang Maju dah buka satu cawangan di Setapak. Boleh search di Waze untuk direction ke sana.
Satu mangkuk ikan patin harga RM12. Layan diri, beratur ambil order. Orang sentiasa ramai.
No comments:
Post a Comment