Monday, 16 March 2015

Makan di Chemistry Cafe

Minggu lepas, Khamis malam tiba-tiba sang suami mahu jalan-jalan ke Shah Alam. Saja nak ambil angin malam. Penat kerja siang hari katanya, sebab Rabu dan Khamis kena bagi training kat staf lain. Tapi memang selalu setiap hari atau selang sehari waktu malam mesti jalan keluar. Kalau tak jauh, paling dekat kedai depan rumah. Hehehe.. ikutkan saya, memang malas nak keluar. Malas nak bersiap. Kecuali la kalau ada keperluan nak beli barang.

Dah kata nak ke Shah Alam, saya pun cadangkan jom kita minum-minum kat restoran Murni Discovery di Seksyen 7 Shah Alam. Orang kata, harga murah dan portionnya sangat banyak. Restorannya boleh nampak tepi hiway sebelah I-City. Sampai-sampai sana, hmmm ramainya umat manusia. Kalah kedai mamak.

Akhirnya kami ke Chemistry Cafe. First time masuk. Saja nak try sebab dulu kawan-kawan asyik bercerita pasal cafe ni.

Kat Chemistry Cafe ni, pelayan dia pun pakai lab coat. Cawan dia ada yang pakai kelalang, kalau yang sos, dia letak dalam test tube.

Kami order Hazelnut Milk dan waffle aje memandangkan dah makan malam di rumah. Sedap gak! Maklumlah harga waffle tersebut RM13.50, manakala Hazelnut Milk RM8.50.

Rumpai laut - Tao Kae Noi

Sekarang ni snek rumpai laut Tao Kae Noi menjadi kegemaran suami.

Adik beliau yang kenalkan. Beli di kedai Speedmart katanya.

Maka kami pun turut menjejaki di Speedmart. Harga lebih murah berbanding di kedai lain dan juga pasar raya besar.

Macam-macam perasa ada. Kami lebih suka perasa chili, spicy grilled squid dan tomyam. Yang lain belum pernah rasa. Suka yang pedas-pedas. Tapi tak pedas mana pun.

Tidak halal? Jangan risau, Tao Kae Noi ni produk keluaran Tahiland dan dapat pengiktirafan halal daripada The Islamic Committee Office of Thailand itu sendiri.

Bolehlah cuba ye. Ada banyak saiz. Yg 20g tak silap dalam RM2.95.

Selain tu, barang-barang keperluan rumah seperti sabun mandi sabun basuh kain serta biskut lebih murah di Speedmart berbanding  di Tesco, Giant mahu pun Aeon Big. Kadang-kadang harga sale di Tesco dan lain-lain juga tak dapat tandingi harga di Speedmart.

Saya tertarik dengan idea bisnes Speedmart ni. Banyak rangkaian, murah, mudah dan senang. Tak perlu parking jauh-jauh. Owner dia seorang OKU berbangsa cina yang gigih tak silap saya.