Wednesday, 26 November 2014

Pokok dalam bilik air?

image


Orang kata tak elok letak pokok hidup dalam bilik air. Mereka kata pokok berzikir kepada Allah.

image


Ini gambar pokok-pokok hidup yang saya letak dalam bilik air di tingkat bawah.

Tak elok letak pokok sebab berzikir dalam bilik air?
Boleh bagi nas tak...

Bagi saya, takde masalah nak letak dalam bilik air.

Cicak, serangga, labah-labah pun kadang-kadang ada dalam bilik air. Mereka berzikir. Air pun kan.
Macam mana tu?

Mereka berzikir dengan cara mereka. Tak sama dengan cara zikir manusia kepada Allah. Kita tak tahu bagaimana kan...

image

Monday, 24 November 2014

Shopping blouse labuh murah

Dah lama saya tak shopping online.

Tapi baru je pos laju sampai depan rumah jap ni. Hehe...

Kali ni saya beli 2 helai blouse labuh dari Qsarashop.
Saya suka survey blouse online yang murah dan labuh. Selalu yang cantik dan labuh mesti RM50 ke atas harganya. Memang saya tak beli la. Kat kedai pun lebih kurang harga macam tu.

Bajet blouse saya kebanyakannya RM35 ke bawah. Saya akan cari sampai puas hati dengan harga, saiz labuh, jenis dan kualiti kain.

Ini kali ketiga saya shopping di Qsarashop. Boleh search di facebook. Website pun ada jugak.

Saya beli masa sale aje. Hehe..Dulu Qsarashop selalu buat sale untuk Selasa day di facebook.

Butiknya di Kajang. Saya dah berjaya meracun ex housemate saya, Husna untuk shopping kat situ. Dia dah berulang kali ke butik sebab sekarang  Husna tinggal di Kajang. Seberang jalan besar aje. Saya pun tak pernah jejak kaki ke Butik Qsara.

Pertama kali buat belian, 2 helai saya beli. Masa tu RM29 sehelai tak silap. Sudah lupa. Beli dua helai sebab nak bagi berbaloikan kos penghantaran RM6 tu. Hehe..

Pembelian kali kedua saya kirim dengan Husna.

Puas hati. Kain tebal dan sesuai untuk ibu menyusu.

Kali ini, Qsarashop buat YES (year end sale) sampai 4 Januari 2015.

Saya terpikat dengan style labuh ala-ala tunik seperti blouse kelabu tu. Labuh dalam 40 inci. Yang oren labuh 34 inci.

Murah aje. Blouse warna kelabu RM25. Yang oren RM20. Pos RM6.
Murah kan? Kain pun ok. Jom kita shopping. :)

Saturday, 22 November 2014

Gold Coast Morib

Cerita Sabtu lepas, 15 November 2014. Patutnya nak gi birthday party anak Kak Tikah di Shah Alam. Haish. Lari plan.

Add hoc je perancangan selepas bangun pagi. Kami bersiap-siap ke Morib. Sebab ada 3 tiket free mandi di Gold Coast Morib. Kalau harga tiket dewasa RM 30 tak silap.

image

Sebenarnya tiket percuma dapat dari mak mertua. Beliau berkursus di sana sejak hari Khamis. Jumpa kat sana je kami memandangkan dari rumah kami di Klang ke Morib hanya 41km.

Nak kata best, biasa aje. Sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah Morib water theme park ini. Tidak mencabar permainannya. Hanya ada satu dua sahaj slide yang tinggi. Kecil sahaja kawasan taman tema airnya.

Best lagi Bukit Gambang, harga tiket lebih kurang sama. Tapi besar dan puas main. Macam-macam ada. Main la sampai hitam. Hehe..

Sunway Lagoon lagi best. Tapi harga tiket masuk dewasa RM100 lebih kurang.

Kalau anda ke Morib atau Banting, jangan lupa singgah beli kerepek dengan harga yang murah. Kadang bakul shopping pun tak sedar dah penuh bila asyik memilih kerepek.
Saya biasa singgah di Kerepek House di kawasan Kanchong Darat. Kalau dari Morib, simpang masuk kanan (ke Kerepek House) yang ada lampu isyarat bertentangan dengan rumah Pakcik Sidek@anak-anak Sidek (sebelah kiri).

image

Budak takut air. Rugi bawa kalau kena bayar tiket. Hehe...

image

Pemandangan hotel dari bawah taman tema. Ada beberapa jenis penginapan di sini. Cuba google. Kawasan penginapannya besar. Tempat mainnya kecil. Bagi saya tak berbaloi kalau datang untuk mandi sahaja. Kalau menginap, dapat tiket percuma kut.

Tuesday, 18 November 2014

Tupperware Rare

Pernah dengar tupperware rare?

Saya mula-mula tertanya-tanya macam mana rare nya tupperware itu bila lihat status di facebook group DEKO RUMAH KU SYURGA KU.

Rupa-rupanya ada pertandingan tupperware rare. Tupperware zaman mak-mak kita atau nenek kita yang dah tak keluar dah zaman sekarang ni.

Kebetulan saya ada satu tupperware lama pemberian mak saya. Zaman saya sekolah rendah lagi. Nak dekat 25 tahun kut. Tupperware buat isi kek.

Maka saya pun ambil gambar untuk join pertandingan di fb group DRKSK. Pemenang dikira berdasarkan like terbanyak. Tarikh akhir untuk like 30 Nov 2014.

Jemput semua like gambar saya ye. Boleh klik link di bawah. Kalau tak dapat tengok gambar kat link di bawah, mohon join facebook group DEKO RUMAH KU SYURGA KU dulu ye. Terima kasih!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=970829926263719&set=oa.979163668764352&type=1

Thursday, 13 November 2014

Jeruk Asam Boi sedap dan simple!

Sebulan yang lepas, saya perasan fenomena jeruk asam boi di facebook.  Rata-rata tengok gambar jeruk. Terliur dibuatnya.

Tengok orang jual sebekas RM10. Sikit je dalam tu. Tak berbaloi rasanya. Baik buat sendiri. Bila di google resepinya, bukan susah pun. Buat sendiri dapat banyak, kos pun murah. Puas makan.

Ini kali kedua saya cuba jeruk asam boi ni. Kali pertama saya buat jeruk jambu batu. Kali ini jeruk mempelam pula.

Bahan-bahan yang saya guna kali ini hanya  2 biji mempelam, gula, asam boi dan belacan. Nyam nyam. Sebelum tu, pastikan belacan tu dibakar dulu ye. Saya cucuk dengan garfu je, pastu bakar di atas dapur masak.

Masa resepi jeruk jambu batu aritu, saya bubuh gula, asam boi, belacan, cabai burung dan sedikit garam. Huhu pedas juga dan agak masin, sebab asam boi tu dah masin. Kali ni saya tak letak garam.

Mudah je kan? Kos pun tak sampai sepuluh ringgit. Anda boleh mencubanya di rumah.

Wednesday, 12 November 2014

Mash potatoes puffs : Mudah dan sedap!


Hari ini nak kongsi resepi cheese mashed potato yang simple. Mudah sahaja.

• 2 cups mashed potatoes
• 2 large eggs
• 1 cup grated Parmesan cheese
(Keep 2 spoonful aside for topping)
• 1/4 cup diced spring onions or chives
• A pack of bacon (hehe..saya gantikan dengan chicken slice)
• Salt and freshly ground pepper (kalau nak rasa pedas)
• Sour cream, to serve (saya tak pakai pun)

Mula-mula rebus kentang dan letak sedikit garam. Dah siap direbus empuk, lenyekkan kentang tersebut.

Kemudian gaulkan dengan sedikit mentega. Yang ini saya tambah sendiri. Dalam resepi tak de pun.

Selepas itu potong daun bawang halus dan gaul bersama dengan kentang lenyek tadi.  Dan masukkan 2 biji telur ayam serta campurkan parmesan cheese (cheese yang diserbukkan). Gaulkan semua.

Sebelum letakkan di dalam tray, lapikkan tray dengan kepingan ayam (chicken slices). Rasanya, nak ganti dengan potongan nipis hotdog pun boleh.

Setelah itu letak kentang lenyek tadi dan taburkan parmesan cheese di atas kentang tersebut dan juga ground pepper.

Bakar dalam 20 minit dengan suhu 200c. Agak-agak dah keperangan bahagian atas,  dah boleh keluarkan. Siap! Mudahkan.

Tuesday, 11 November 2014

Sinki Dapur

Kali ni saya nak tunjuk sinki dapur rumah saya.

Sebenarnya saya suka sinki yang clear, tak de barang-barang sangat. Kosong dari botol sabun, span basuh pinggan dan berus sinki serta bakul sampah sisa makanan.

Tapi jenuh dah saya susun aturkan nak bagi kosong dan kemas. Tak mahu jugak. Sebab berus sinki, sabun dan span basuh periuk, hari-hari digunakan. Kalau sorok bawah sinki macam susah nak capai.

Kalau periuk dan kuali yang baru basuh, saya gantung di grill. Dah kering, susun bawah sinki. Kalau tak, semakin serabut keadaan kawasan sinki yang kecil tu.

So seperti dalam gambar, itu sahaja yang mampu dilakukan. Cuma saya nak seragamkan warna lepas inu. Saya cuba putihkan peralatan dapur. Yang hijau tu dah ada dari dulu. Dah rosak boleh cari yang warna putih pula lepas ni.

image

Ini gambar keseluruhan. Gambar sedikit gelap sebab cahaya di tingkap sangat terang ketika itu.

Rak pinggan tu, gigih saya spray jadi putih. Dulu merah besi di kiri dan kanan rak tu.

image

Ini bakul sabun dan span basuh periuk. Saya beli di Daiso dalam Jusco Bukit Tinggi Klang. Agak praktikal berbanding sebelum ini saya letak botol sabun di tepi sinki. Tapi kawasan tu selalu basah dan cepat kotor berlumut.

image

Ini pula bakul sampah sisa makanan dari sinki. RM5 juga. Tak berbaloikan? Hehe tapi sebab nak warna putih punya pasal. Dah penuh, baru masuk ke bakul sampah besar.

Monday, 10 November 2014

Burger Byte Shah Alam

Ini kali kedua saya ke Burger Byte Shah Alam di Seksyen 7. Berhampiran dengan Giant dan bersebelahan dengan pejabat hostel luar untuk pelajar Uitm.

Kali pertama pergi, belum buka lagi. Hanya ada signboard kedai. Punya la semangat cari kedai Burger Byte di Shah Alam masa tu. Pusing-pusing seksyen 7 dan siap tanya orang lagi lokasi sebenar. Akhirnya jumpa tetapi kecewa sebab tak buka lagi. Hanya buka siang minggu tu. Saya pergi malam.

Ini gara-gara terpengaruh dengan kawan-kawan saya di group whatsapp sekolah yang duk cerita pasal burger tu. Owner dia Zizan Raja Lawak tu. Boleh je search di FB, type Burger Byte. Ada banyak cawangan. Sri Iskandar kat Perak pun dah ada.

Burgernya sedap. Tapi tak berbaloi bagi saya. Set burger ni berharga RM13.90 tidak termasuk air. Saya tak ingat set apa yang saya pilih. Pelik-pelik namanya. Hehe.

Kenapa saya kata tak berbaloi?

Sebab saya yang jenis makan tak berapa banyak ni pun rasa tak puas makan sebiji burger hehe.. Atau pun saya lapar ketika itu. Kalau murah, boleh order 2 biji.

Pinggan yang di hadapan sebelah kiri tu Naked Burger. Daging sahaja bersama mashed potato. 2 keping daging. Itu suami saya yang order. Katanya sedap.

Sesiapa yang belum try boleh la mencubanya!