Monday, 24 November 2014

Shopping blouse labuh murah

Dah lama saya tak shopping online.

Tapi baru je pos laju sampai depan rumah jap ni. Hehe...

Kali ni saya beli 2 helai blouse labuh dari Qsarashop.
Saya suka survey blouse online yang murah dan labuh. Selalu yang cantik dan labuh mesti RM50 ke atas harganya. Memang saya tak beli la. Kat kedai pun lebih kurang harga macam tu.

Bajet blouse saya kebanyakannya RM35 ke bawah. Saya akan cari sampai puas hati dengan harga, saiz labuh, jenis dan kualiti kain.

Ini kali ketiga saya shopping di Qsarashop. Boleh search di facebook. Website pun ada jugak.

Saya beli masa sale aje. Hehe..Dulu Qsarashop selalu buat sale untuk Selasa day di facebook.

Butiknya di Kajang. Saya dah berjaya meracun ex housemate saya, Husna untuk shopping kat situ. Dia dah berulang kali ke butik sebab sekarang  Husna tinggal di Kajang. Seberang jalan besar aje. Saya pun tak pernah jejak kaki ke Butik Qsara.

Pertama kali buat belian, 2 helai saya beli. Masa tu RM29 sehelai tak silap. Sudah lupa. Beli dua helai sebab nak bagi berbaloikan kos penghantaran RM6 tu. Hehe..

Pembelian kali kedua saya kirim dengan Husna.

Puas hati. Kain tebal dan sesuai untuk ibu menyusu.

Kali ini, Qsarashop buat YES (year end sale) sampai 4 Januari 2015.

Saya terpikat dengan style labuh ala-ala tunik seperti blouse kelabu tu. Labuh dalam 40 inci. Yang oren labuh 34 inci.

Murah aje. Blouse warna kelabu RM25. Yang oren RM20. Pos RM6.
Murah kan? Kain pun ok. Jom kita shopping. :)

2 comments:

  1. tunik tu apa?

    km tgh nak potong baju baru ni.
    kalau boleh nk cuba design baru.
    peplum bru je siap semalam, hehe

    ReplyDelete
  2. Wah sangat rajin buat baju sendiri. Bestla, dapat buat ikut desugn sendiri.

    Tunic tu blouse labuh. Biasa 40 inci ke atas labuhnya. Sesuai untuk orang tinggi kut.

    ReplyDelete