Wednesday, 12 November 2014

Mash potatoes puffs : Mudah dan sedap!


Hari ini nak kongsi resepi cheese mashed potato yang simple. Mudah sahaja.

• 2 cups mashed potatoes
• 2 large eggs
• 1 cup grated Parmesan cheese
(Keep 2 spoonful aside for topping)
• 1/4 cup diced spring onions or chives
• A pack of bacon (hehe..saya gantikan dengan chicken slice)
• Salt and freshly ground pepper (kalau nak rasa pedas)
• Sour cream, to serve (saya tak pakai pun)

Mula-mula rebus kentang dan letak sedikit garam. Dah siap direbus empuk, lenyekkan kentang tersebut.

Kemudian gaulkan dengan sedikit mentega. Yang ini saya tambah sendiri. Dalam resepi tak de pun.

Selepas itu potong daun bawang halus dan gaul bersama dengan kentang lenyek tadi.  Dan masukkan 2 biji telur ayam serta campurkan parmesan cheese (cheese yang diserbukkan). Gaulkan semua.

Sebelum letakkan di dalam tray, lapikkan tray dengan kepingan ayam (chicken slices). Rasanya, nak ganti dengan potongan nipis hotdog pun boleh.

Setelah itu letak kentang lenyek tadi dan taburkan parmesan cheese di atas kentang tersebut dan juga ground pepper.

Bakar dalam 20 minit dengan suhu 200c. Agak-agak dah keperangan bahagian atas,  dah boleh keluarkan. Siap! Mudahkan.

No comments:

Post a Comment