Tuesday, 11 November 2014

Sinki Dapur

Kali ni saya nak tunjuk sinki dapur rumah saya.

Sebenarnya saya suka sinki yang clear, tak de barang-barang sangat. Kosong dari botol sabun, span basuh pinggan dan berus sinki serta bakul sampah sisa makanan.

Tapi jenuh dah saya susun aturkan nak bagi kosong dan kemas. Tak mahu jugak. Sebab berus sinki, sabun dan span basuh periuk, hari-hari digunakan. Kalau sorok bawah sinki macam susah nak capai.

Kalau periuk dan kuali yang baru basuh, saya gantung di grill. Dah kering, susun bawah sinki. Kalau tak, semakin serabut keadaan kawasan sinki yang kecil tu.

So seperti dalam gambar, itu sahaja yang mampu dilakukan. Cuma saya nak seragamkan warna lepas inu. Saya cuba putihkan peralatan dapur. Yang hijau tu dah ada dari dulu. Dah rosak boleh cari yang warna putih pula lepas ni.

image

Ini gambar keseluruhan. Gambar sedikit gelap sebab cahaya di tingkap sangat terang ketika itu.

Rak pinggan tu, gigih saya spray jadi putih. Dulu merah besi di kiri dan kanan rak tu.

image

Ini bakul sabun dan span basuh periuk. Saya beli di Daiso dalam Jusco Bukit Tinggi Klang. Agak praktikal berbanding sebelum ini saya letak botol sabun di tepi sinki. Tapi kawasan tu selalu basah dan cepat kotor berlumut.

image

Ini pula bakul sampah sisa makanan dari sinki. RM5 juga. Tak berbaloikan? Hehe tapi sebab nak warna putih punya pasal. Dah penuh, baru masuk ke bakul sampah besar.

No comments:

Post a Comment