Saturday, 22 November 2014

Gold Coast Morib

Cerita Sabtu lepas, 15 November 2014. Patutnya nak gi birthday party anak Kak Tikah di Shah Alam. Haish. Lari plan.

Add hoc je perancangan selepas bangun pagi. Kami bersiap-siap ke Morib. Sebab ada 3 tiket free mandi di Gold Coast Morib. Kalau harga tiket dewasa RM 30 tak silap.

image

Sebenarnya tiket percuma dapat dari mak mertua. Beliau berkursus di sana sejak hari Khamis. Jumpa kat sana je kami memandangkan dari rumah kami di Klang ke Morib hanya 41km.

Nak kata best, biasa aje. Sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah Morib water theme park ini. Tidak mencabar permainannya. Hanya ada satu dua sahaj slide yang tinggi. Kecil sahaja kawasan taman tema airnya.

Best lagi Bukit Gambang, harga tiket lebih kurang sama. Tapi besar dan puas main. Macam-macam ada. Main la sampai hitam. Hehe..

Sunway Lagoon lagi best. Tapi harga tiket masuk dewasa RM100 lebih kurang.

Kalau anda ke Morib atau Banting, jangan lupa singgah beli kerepek dengan harga yang murah. Kadang bakul shopping pun tak sedar dah penuh bila asyik memilih kerepek.
Saya biasa singgah di Kerepek House di kawasan Kanchong Darat. Kalau dari Morib, simpang masuk kanan (ke Kerepek House) yang ada lampu isyarat bertentangan dengan rumah Pakcik Sidek@anak-anak Sidek (sebelah kiri).

image

Budak takut air. Rugi bawa kalau kena bayar tiket. Hehe...

image

Pemandangan hotel dari bawah taman tema. Ada beberapa jenis penginapan di sini. Cuba google. Kawasan penginapannya besar. Tempat mainnya kecil. Bagi saya tak berbaloi kalau datang untuk mandi sahaja. Kalau menginap, dapat tiket percuma kut.

No comments:

Post a Comment